Tuesday 7 June 2011

Tak Kau Sangka (Bab 2)

      "Astaghfirullahalazim!"  Nalina separuh menjerit. Dia tidak dapat berkata apa-apa lagi.  Kejadian sebegitu menimpa keluarganya.  Air matnya mengalir menysuri pipinya yang putih kemerahan,  sebak dia menahan hiba.  Mukanya mula kemerahan.  Dia menekup mulutnya.  Bibirnya yang merah bertukar pucat.  Tangannya menggeletar dan sejuk. 
      Zoey berada di sebelahnya.  Zoey lebih terseksa dek kerana dia lebih rapat dengan mereka.  Tangannya digenggam kuat,  dia mengetap bibir,  hatinya sakit melihat mereka begitu.
      Pak Rashidi memeluk kedua-dua anaknya.  "Sabar,  ini takdir Allah.  Tentu ada hikmat atas apa yang berlaku."  Mereka tahu,  ayahlah yang paling terseksa dari mereka.  Dia membesar sekali dengan mangsa-mangsa itu.
      Mayat dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut.  Anak-anak Pak Lang menangis sedih.  Mereka terlihat Ayah mereka ketika pihak polis mengangkat mayat.  "Ayah ke mana,  ibu?  Kami hendak ikut ayah!"  teriakan anak-anak Pak Lang terngiang-ngiang di telinga Nalina.  Dia juga turut menangis,  sebak kasihankan anak-anak Pak Lang.  Mereka sangat rapat dengan ayah mereka.
******

      Keadaan petang itu keadaan mendung,  rumah arwah datuk Nalina juga mendung.  Sebak.  Zoey meletakkan kepalanya di riba Pak Rashid.  Nalina pula,  menyandarkan kepalanya di bahu ayah kesayangannya itu.  Hanya kesepian yang menemani mereka.
      "Siapa yang melakukan benda sekejam ini,  ayah?  Mengapa Pak Lang,  Pak Ngah dan Pak Cik?  Zoey tidak faham?  Apakah niat mereka?"  Zoey melepaskan geram.
      "Ya,  ayah!  Mengapa keluarga kita?  Nalina juga tidak dapat fahami mengapa mereka sanggup membunuh adik-adik ayah?"  Nalina menyuarakan isi hatinya.  Kepalanya dipenuhi pelbagai soalan.
      Pak Rashidi menggeleng.  Teringatkan dia pada kejadian yang lebih kurang 2 jam sebelumnya.  Adik iparnya,  Mak Ngah Rita menelefon dan memberitahu kejadian trajis yang menimpa keluarga mereka.  Mak Ngah menceritakan bahawa suaminya telah meninggal dunia dibunuh di kebun getah ketika menoreh getah di sana.  Dia juga menceritakan kejadian di mana,  Pak Lang mati terjatuh dari tapak pembinaan,  tempat Pak Lang bekerja.  Termasuklah,  kematian Pak Cik ketika memandu kereta hendak pulang ke rumah.  Yang anehnya,  kematian ketiga-tiga bapa saudaranya sangat trajis,  dan berlaku di hari dan waktu yang sama.  Polis percaya kematian mereka telah dirancang.
      "Abang Long,  polis ada beritahu apa-apa?"  Mak Ngah Rita mendekati Pak Rashidi dengan dua anak kembarnya.  Wajahnya pucat dan sedih.  Nalina memandangnya.  Apalah nasibnya,  sudahlah ada anak kembar,  suami meninggal pula.  Hanya Allah yang dapat mengetahui perasaannya ketika itu.
      "Tidak.  Pihak Polis masih belum beritahu apa-apa.  Tapi, kata koperal tadi,  kematian mereka ini mungkin...  mungkin... dirancang oleh seseorang,"  ayah memberi keterangan kepada Mak Ngah Rita.
      Mak Ngah Rita menekup mulutnya.  Dia duduk berhadapan Pak Rashidi.  Air matanya mengalir.  anaknya memandangnya,  hairan melihat ibu kesayangan menangis menghiba.
      "Ibu,  mengapa menangis?"  Alia,  si kakak bersuara. Lantas dia memeluk ibunya.
      "Tidak mengapa,  ibu.  Nanti adik telefon ayah, ya?  Ibu jangan menangis,"  Tasya,  si adik pula memujuk.  Dia juga memeluk ibunya.
      Mak Ngah Rita menderita di dalam.  Apalah nasib anaknya itu.  Bagaimana mahu dia ceritakan keadaan ini kepada anaknya.  anak kembarnya itu baru berumur lima tahun.  Mana mungkin mereka faham.
      "Kak Na,  boleh tolong telefonkan ayah?"  Tasya meminta.
      "Ya,  Kak Na.  Kasihan ibu sedih.  Tolong Alia, ya."
      Ayah dan Zoey memandangku.  Mak Ngah terus menangis.  Allah!  Apa yang harus dia katakan pada anaknya.
      Nalina memandang Alia dan Tasya dengan penuh kasih.  "Alia,  Tasya,  kamu sayangkan ayah tidak?"  Nalina mula bersuara.  Semua kini sedang memandang Nalina.
      Si kembar mengangguk dek menandakan ya.
      "Alia dan Tasya sayangkan ayah.  Tetapi,  Allah lagi sayangkan ayah kamu berdua.  Allah ada urusan dengan ayah,  jadi ayah terpaksa pergi buat seketika.  Alia dan Tasya tidak marahkan Allah,  kan?"  Nalina bersuara.  Lantas dia menarik Si kembar itu duduk di ribanya.
      Kali ini Alia dan Tasya menggeleng pula.  Mereka mendongak memandang muka Zalina yang tenang.
      "Alia dan Tasya tidak perlu marah,  Allah sudah susun hidup kamu berdua dengan cantik sekali.  Dipenuhi pelbagai rasa.  Manis,  pahit,  masam,  macam-macam."
      "Kami tahu Kak Na.  Allah sayangkan ayah,"  Alia menyatakan apa yang berada di dalam kepalanya.
      "Kami juga sayangkan Ayah.  Kami tidak marahkan Allah.  Nanti berdosa.  Jika Kak Na kata,  Allah pinjamkan ayah sekejap.  Tidak mengapalah,"  Tasya lebih petah bertutur dari kakaknya.
      Mak Ngah Rita senyum,  lega.  Pak Rashidi dan Zoey juga senyum,  bangga akan kata-kata Nalina.
      "Jangan menangis ya,  ibu.  Allah pinjam ayah seketika shaja.  Nanti kita bolehlah bertemu dengan ayah,"  Tasya memujuk ibu kesayangannya.
******

      Assalamualaikum!  ibu, oh ibu!"  terdengar satu suara memanggil salam di luar rumah. 
      Nalina sedang bermain dengan Si kembar,  bingkas bangun menjawab salam itu.  Bila dia membuka pintu,  dia terlihat seorang lelaki di depan pintu.  Kulitnya sawa matang,  kurus dan tinggi.  Mata kuyunya memandang terus ke mata Nalina.  Nalina yang tadinya tersenyum,  bermasam muka.  Perasaan benci menyelubungui dirinya. 
      "Ishk! Kenapalah dia yang muncul?!"  hati kecilnya menggerutu.  Dia mengundur ke belakang membiarkan jejaka itu masuk.  Mulutnya dikunci,  tidak mahu dia berbual denga lelaki itu.  Mukanya semakin ditebalkan.
      "Abang Amirul sudah pulang!"  Alia dan Tasya berlari memeluk abang kesayangan mereka.  Gembiranya mereka.
      Mereka semua terus ke ruang tamu.  Nalina sudah lama beredar.  Tidak suka dia lama-lama di situ.  Si kembar menarik abang kesayangan mereka ke dapur.
      "Ibu,  abang sudah pulang,"  sahut Si kembar pada Mak ngah Rita yang sedang memasak. 
      Si Abang bersalaman dengan ibu.  "Ibu,  maafkan Abanng?  Abang pulang lewat.  Tiket bas habis kelmarin.  Abang terpaksa pulang hari ini kerana baru hari ini ada tiket bas."  dia menjelaskan panjang lebar.
      Zoey yang baru keluar dari bilik mandi,  terlihat Amirul.  Dia terus menyapa dan bersalaman dengan Amirul.  Abang sepupu kesayanganlah katakan!
      "Lama tidak nampak batang hidung abang,"  Zoey memulakan perbualan.
      "Pandailah kau ini!"  Amirul merapatkan leher Zoey badannya menggunakan tangan,  kemudia disekeh kepala adik sepupunya itu.
      Mereka ketawa bersama.  Amirul bekerja di bandar sementara menunggu keputusan SPMnya keluar.  Kemudiannya dia akan menyambung pelajaran ke Universiti.  Dia seorang yang sangat bercita-cita tinggi.  Namun,  Nalina tetap tidak menyukainya.  Samalah dengan Amirul.
        
     

cadangan/tambahan dari Pn Nurol



cadangan/pembetulan dari saya diwarnakan selain warna hitam.

Tatkala malam berganti siang, seluruh dunia berubah (ubah di sini). Dari kesepian dan kesunyian, berubah pada keriuhan. Begitulah aku dia, seperti biasa bangun dari beradu. Sekarang, aku dia sedang bercuti . Ah, leganya! Tak perlulah aku dia mengejar-ngejar masa lagi.
Mataku
nya terpandang ke arah jendela kamarku, rimbunan dedaunlah yang pertama menyapa diriku. Indah sungguh ciptaan Allah ini. Dia, Pencipta segala Alam, sungguh bijak mengatur dan menyusun hidupan di dunia ini. Pokok yang pada mata manusia lain, dianggap perkara biasa. Namun, dimata aku gadis itu, ia sangat indah.
"Nalina, bangun!" kedengaran suara ayahnya, Pak Rashidi dari ruang tamu.
"Ya, ayah. Nalina sudah bangun," jawabnya ringkas.
Ayahnya adalan bekas Tentera Laut Malaysia. Ayahnya sudah bersara. Kini, dia hanya duduk di rumah. Namun, ayahnya tidak suka berdiam diri
, jika berkesempatan, dia akan ke kebunnya menanam sayur. Ayahnya, sama sepertinya, suka akan alam.
Nalina bingkas bangun. Dicapainya sikat di meja solekan, perlahan dia menyikat rambutnya yang mayang mengurai.
"Kakak ini, tahu bersolek sahaja! Teruk betul!" suara Zoey, adiknya kedengaran. Dia sedang berada di hadapan pintu bilik Nalina.
"Jangan menyibuk. Pergi jaga tepi kain kau sendiri!"
Zoey senyum menyindir. Dia berlalu pergi sambil mengangkat bahunya.
"Apalah Zoey ini, selalu kutuk aku!" Nalina menggerutu di dalam hati.
Walaupun begitu, aku
Nalina tidak marahkan dia adiknya. Itulah caranya Zoey menyapa aku setiap pagi.
"Wah, sedapnya bau! Masak apa itu, kak Na?" Sapaan Zoey ketika masuk ke dapur.
"Cucur ... " belum sempat ku
dia menghabiskan ayatku.nya.
"Bawang!" celah ayah.
Mereka pantas menoleh ke arah ayah. Dia mengoyak senyuman. Dia
lantas meletakkan tangannya ke bahu Zoey.
"Ayah baru balik dari kebun?" tanyaku
gadis itu, ringkas.
Ayah
Pak Rashidi mengangguk kepalanya. "Zoey, sekolah macam mana bagaimana dengan sekolah? Cikgu sudah beritahu kedudukan dalam kelas?" dia memandang Zoey.
Zoey senyum menunjukkan barisan giginya. Dia mengangguk. "Zoey dapat nombor 6 dalam kelas, ayah," jawab Zoey ajuk tak ajuk.
Acuh tidak acuh.
Ayah memandang Zoey tepat pada anak matanya. "Makin menurun nampak."
"Dia malas baca buku ayah. Asyik bermain dengan telefonnya sahaja," aku mencelah. "Betul tidak, Zoey?" aku mengacau
mengusik adikku itu.
Zoey memuncungkan mulutkan kedepan. Marah dia akan sindiranku tadi. Aku memang suka menyakatnya begitu.
"Zoey, walau pandai bagaimanapun, Allah kena ingat. Dia yang bagi kejayaan, Dia yang beri nikmat, Dia jugalah yang menimpakan bencana dan bala,"
(bagus, ada tarbiah)
Nota dari saya- ada masalah sudut pandangan di sini. Mulanya watak adalah 'aku' sebagai watak utama dan juga pencerita(narator), tiba-tiba pula bertukar pada sudut pandang orang ke 3 (Nalina). Yang mana satu ya? Saya cadangkan jadikan sebagai orang ke 3 kerana lebih mudah bagi kisah penyiasatan.

cadangan/tambahan dari Pn Nurol

1. Perancangan Cerita-
  • Nalina,  17tahun, pelajar universiti. Pada cutinya, sesuatu yang aneh berlaku pada keluarganya.
  • Misteri kematian 3 orang bapa saudara sebelah ibunya secara serentak membuatkan hatinya memberontakan ingin mengetahui. Dengan sifat semula jadinya yang suka menyiasat dan mengetahui, bermulalah pengembaraannya bersama 3 orang rakannya, dan adiknya yang sangat genius. (hm... menarik...)
  • Keadaan semakin mencurigakan, apabila bapanya seolah-olah melarikan diri dari sesuatu/seseorang. Atas sebab sayang akan ayahnya, dia menuurut sahaja.
  • komen- di mana ya elemen tarbiahnya?
2. Konflik2-
  • (Utama) nak 'crack' kes kematian bapa-bapa saudaranya..(konflik ini kuat)
  • konflik tambahan... dimarahi dan tidak dibenarkan menyiasat oleh ayahnya..(Ini mungkin konflik kecil sahaja).
  • pergaduhannya dengan Amirul yg melambatkan lagi penyiasatan(konlik tambahan)
  • Surat-surat ugutan yg dihantar oleh sseorg yg x dkenalinya(konlik tambahan)..
  • ....lagi2..
3. Watak-watak-
  • Nur Nalina (watak utama)
  • Amirul Hadziq musuh ketat yang telah berbaik dengannya  (SEPUPU Nalina - 18 tahun) (sila pastikan batas-batas pergauan antara buan muhrim terjaga di sini. Saya cadangkan Daniel Haziq dijadikan sepupunya yang berpangkat adik memandangkan watak utama telah dewasa (19 tahun) dan pergaulan dengan lelaki luar mudah menghasilkan fitnah)
  • Zoey (adik watak utama yang sangat genius dan mempunyai pelbagai idea2 aneh)(boleh masukkan adegan lucu di sini namun berkaitan dengan ciptaan adiknya yang genius)
  • Zairil (budak yang sangat cekap dengan teknologi terkini namun tidaklah terlampau pandai dalam pelajaran) kawan sekelas Zoey  
  • ....?
4. Latar tempat-
  • Rumah Natasya
  • SMK Pahlawan
  • Hutan belakang rumah peninggalan Datuk sebelah ibu Natasya
  • Bilik Zoey
  • ....?
Nota- Saya rasa cerita ini boleh menarik remaja membacanya. Teruskan menulis.

Monday 6 June 2011

Tak Kau Sangka (Bab 1)

                                              Jingga-sudah dibetulkan   Biru-Nasihat
         Tatkala malam berganti siang,  keadaan sekeliling berubah.  Dari kesepian dan kesunyian,  berubah pada keriuhan.  Begitulah dia,  seperti biasa bangun dari beradu.  Sekarang,  dia sedang bercuti .  Ah, leganya!  Tak perlulah dia mengejar-ngejar masa lagi.
      Matanya terpandang ke arah jendela kamar,  rimbunan dedaunlah yang pertama menyapa diri gadis itu.  Indah sungguh ciptaan Allah ini.  Dia,  Pencipta segala Alam,  sungguh bijak mengatur dan menyusun hidupan di dunia ini.  Pokok yang pada mata manusia lain,  dianggap perkara biasa.  Namun,  dimata gadis itu,  ia amat indah.
      "Nalina,  bangun!"  kedengaran suara ayahnya dari ruang tamu.
      "Ya, ayah.  Nalina sudah bangun,"  jawabnya ringkas.
      Ayahnya adalan bekas Tentera Laut Malaysia.  Ayahnya sudah bersara.  Kini,  dia hanya duduk di rumah.  Namun,  ayahnya tidak suka berdiam diri.  Jika berkesempatan,  dia akan ke kebunnya menanam sayur.  Ayahnya,  sama sepertinya,  cinta akan alam.
      Nalina bingkas bangun.  Dicapainya sikat di meja solekan,  perlahan dia menyikat rambutnya..
      "Kakak ini,  tahu bersolek sahaja!  Teruk betul!"  suara Zoey,  adiknya kedengaran.  Dia memeluk tubuhnya sambil menyandarkan bahu ke pintu bilik Nalina sambil tersenyum melihat kakaknya.
      "Jangan menyibuk.  Pergi jaga tepi kain kau sendiri!"  ringkas dia menjawab.
      Zoey senyum menyindir.  Dia berlalu pergi sambil mengangkat bahunya. 
      "Apalah Zoey ini,  selalu kutuk aku!"  Nalina menggerutu di dalam hati.
      Walaupun begitu,  Nalina tidak marahkan adiknya.  Itulah cara Zoey menyapanya setiap pagi.

******

      "Wah,  sedapnya bau!  Masak apa itu,  kak Na?"  sapa Zoey ketika masuk ke dapur.
      "Cucur ... "  belum sempat dia menghabiskan ayatnya.
      "Bawang!"  celah ayah.
      Mereka pantas menoleh,  ayah rupanya.  Dia mengoyakkan senyuman,  lantas meletakan tangannya ke bahu Zoey.
      "Ayah baru balik dari kebun,  ya?"  tanya gadis itu ringkas.  Sudip yang dipengganya diletakkan.  Dia menyalam tangan bapanya itu,  diikuti oleh Zoey.
      Pak Rashidi mengangguk kepalanya.  "Zoey,  bagaimana dengan sekolah?  Cikgu sudah beritahu kedudukan dalam kelas?"  dia memandang Zoey.
      Zoey senyum menunjukkan barisan giginya.  Dianggukkan kepalanya.  "Zoey dapat nombor 6 dalam kelas,  ayah,"  jawab Zoey acuh tidak acuh.
      Ayah memandang Zoey tepat pada anak matanya.  "Makin menurun nampak."
      "Dia malas baca buku ayah.  Asyik bermain dengan telefonnya sahaja,"  Nalina mencelah.  "Betul tidak,  Zoey?"  dia mengusik adik Zoey.
      Zoey memuncungkan mulutnya kedepan.  Marah dia akan sindiranku tadi.  Nalina memang pakar dalam hal menyakat adiknya.
      Pak Rashidi terseyum melihat telatah kedua-dua orang anaknya.  "Zoey,  walau pandai bagaimanapun,  Allah kena ingat.  Dia yang bagi kejayaan,  Dia yang beri nikmat,  Dia jugalah yang menimpakan bencana dan bala,"   Pak Rashidi bersyarah pangjang.
      Zoey mengangguk-angguk kepalanya,  menurut sahaja.  Geli hatiku melihat Zoey ditegur oleh ayah.
      Kring!  Kring!  Nalina menoleh,  lantas mengelap tangannya di apron.  Terus dicapainya telefon rumah yang bersebelahan peti sejuk.
      "Assalamualaikum,  siapa di sana?"  ringkas Nalina menyanyakan.
      "Abang Long,  Abang Long ada?"  kedengaran suatu suara di hujung telefon. Suara itu kedengaran sedih dan seperti ada perkara mustahak untuk diberitahu ayah.
      "Sekejap,  saya panggilkan ayah,"  dia meletakkan gengaman telefon dan memanggil ayahnya.
      Perlahan sahaja Pak Rashidi berlalu pergi.  Zoey memandang kakaknya.  Dia memberi syarat dengan matanya menanyakan mengapa.  Nalina menggeleng tanda kurang pasti.
      Selepas beberapa minit berbual di telefon,  Pak Rashidi meletakkan telefon dan berjalan laju ke dapur.  "Cepat siapkan barang kamu!  Kita harus pulang ke kampung sekarang juga!"
      Nalina hampir-hampir terlepas cucur yang diletakkan di dalam pinggan kaca,  manakala Zoey pula tersedak akibat terkejut akan tindakan ayah yang tergopoh-gopoh itu.
      "Kenapa?  Apa yang telah berlaku?"  tanya mereka hampir serentak.
      "Nanti ayah ceritakan.  Cepat bersiap!"
      Zoey menghabiskan makanannya.  Nalina mengerling ke arah ayahnya.  Kelihatan Pak Rashidi gundah sekali,  dia berpeluh dan dia mengurut perlahan dahinya.
      "Mengapa dengan ayah, ya?  Mengapa harus pulang ke kampung?  Apa yang telah berlaku?"  getus hati kecil Nalina. 
      ******
        
     




 
     
     


   

Sunday 5 June 2011

Rangka Novel Tak Kau Sangka...

Tajuk Novel-Hadirnya Kasih-Mu
Genre-Novel Remaja (Penyiasatan)

1.  Perancangan Cerita-
  • Nalina, 17 tahun, pelajar universiti.  Pada cutinya,  sesuatu yang aneh berlaku pada keluarganya.
  • Misteri kematian 3 orang bapa saudara sebelah ibunya secara serentak membuatkan hatinya memberontakan ingin mengetahui.  Dengan sifat semula jadinya yang suka menyiasat dan mengetahui,  bermulalah pengembaraannya bersama 3 orang rakannya, dan adiknya yang sangat genius.
  • Keadaan semakin mencurigakan, apabila bapanya seolah-olah melarikan diri dari sesuatu/seseorang.  Atas sebab sayang akan ayahnya,  dia menurut sahaja.    
2.  Konflik:
  • (Utama) nak 'crack' kes kematian bapa-bapa saudaranya...
  • smpingan2... dimarahi dan tidak dibernakan menyiasat oleh ayahnya...
  • pergaduhannya dengan Naqiuddin yg melambatkan lagi penyiasatan
  • Surat-surat ugutan yg dihantar oleh sseorg yg x dkenalinya...
  • ....lagi2..
3.  Watak-watak-
  • Nur Nalina
  • Amirul Hadziq
  • Zoey (Zairil Ahmad)
  • Khairil Azmi
4. Watak sampingan:
  • Mak Ngah Rita (isteri arwah Pak Ngah Nalina.  mempunyai 3 orang anak.  Anak pertama ialah Amirul Hadziq.)
  •  Mak Lang Nora (isteri arwah Pak Lang Nalina. mempunyai 2 orang anak.  Anak pertama ialah Khairil Azmi)
  • Mak Cik Suraya (tunang arwah Pak Cik.  Umur sekitar 2o-han)

5.  Latar tempat-
  • Rumah Natasya
  • SMK Pahlawan
  • Hutan belakang rumah peninggalan Datuk sebelah ibu Natasya
  • Bilik Zoey
  • Rumah arwah datuk sebelah ayah
  • ....?
6. Plot dan kertas watak:
    a)PLOT:
  • bab 1[berada di rumah-terima panggilan -dalam perjalanan pulang ke kampung] 
  • bab 2[3 orang pak ciknya meninggal serentak-terkejut-ingin menyiasat-berjumpa dengan abang sepupu-musuh lama]
  • bab 3[ayah gelisah-dengar khabar ayah ingin berpindah-hairan-menimbulkan kecurigaan-menyiasat bersendirian]
  • bab 4
  • bab 5
  • bab 6
  • bab 7
  • bab 8
  • bab 9
  • bab 10
  • bab 11
  • bab 12
  • bab 13
  • bab 14
  • bab 15
    b) Kertas watak:
  • Nur Nalina
        -Berumur 17 tahun,  Pelajar SMK Pahlawan,  Ada seorang adik,  Bermusuhan dengan abang sepupu,  bakal menduduki SPM
        -Matanya bulat,  mulut nipis,  kulit yang putih kemerah-merahan,  bulu mata tebal (seorang yang cantik)
        - Sangat mencintai Alam,  seorang yang ingin tahu,
  • Amirul Hadziq
        -Berumur 18 tahun,  menunggu keputusan SPM dan akan menyambung pelajaran,  bermusuhan dengan adik sepupu.
        -kulitnya sawa matang, mulutnya agak tebal,  agak tinggi dan kurus,  matanya kuyu sedikit,  rambutnya menaik ke atas kerana ada 3 pusat rambut
        -Sangat peka dengan sekeliling,  berkebolehan dalam ilmu pertahankan diri,  sangat berkemahiran
  • Zoey (Zairil Ahmad)
        -Berumur 15 tahun,  bakal menghadapi peperiksaan PMR,  sangat pandai dan suka mencipta benda-benda aneh
        -Kulitnya putih,
  • Pak Rashidi
        -Ayah kepada Nalina dan Zoey,  Bapa saudara kepada Amirul
        -Bekas Tentera Laut Malaysia,  sangat sayangkan anaknya

7. Antara scene-scene dalam cerita:
  • Alia dan Tasya meminta Nalina menelefon ayah mereka.(Pak Lang) 
  • Jumpa beberapa surat yang dihantar oleh seseorang yang tidak diketahui (surat ugutan kepada ayah)
  • Berjumpa dengan seorang Mak Cik di dalam hutan belakang rumah peninggalan datuk sebelah ibu  Nalina. Mak Cik itu menunjukkan beberapa keping gambar anak lelaki dan perempuannya. [rumah itu besar dan cantik sekali]
  • Nalina sedar ibunya masih hidup dan bertekat mencari ibunya.
  • Nalina bertengkar lidah dengan Amirul
  • Amirul mengisap bisa ular pada kaki Zoey ketika dalam perjalanan memasuki hutan
  • Mak Cik itu gila
  • Pak Rashidi melarikan mereka